Isu maklumat tidak sahih Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia

Cadangan perubatan tidak tersahkan

Dalam wawancara Bicara Naratif oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 Mac 2020, Menteri Kesihatan Adham Baba menasihatkan kepada orang ramai bahawa minum air suam akan membantu mencegah jangkitan COVID-19 dengan dakwaan bahawa virus akan dibawa ke perut dan asid pencernaan akan membunuh virus tersebut. Ucapannya tular di media sosial, dengan banyak netizen mempersoalkan kesahihannya. Dakwaan rawatan ini berkemungkinan berasal dari pos media sosial yang tular, dan telah banyak dicanggah oleh pakar kesihatan, termasuk WHO, yang telah menyatakan bahawa minum air suam tidak mencegah jangkitan koronavirus, meskipun minum air secara keseluruhannya adalah bermanfaat kepada kesihatan.

Pada Mei 2021, ahli parlimen Teresa Kok yang disokong oleh rakannya mengusulkan penggunaan perubatan tradisional Cina untuk merawat COVID-19 dan merujuk kepada kejayaan pengekangan pandemik COVID-19 di China yang didakwa dibantu oleh perubatan itu.[30][31] Meskipun begitu, keberkesanan rawatan COVID-19 dengan penggunaan itu masih diperdebatkan pada peringkat antarabangsa (terutamanya di Barat), meskipun ada yang mendukung keberkesanannya, terutamanya oleh kerajaan China.[32]

Ordinan darurat 2021

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang dirasmikan pada Mac 2021 ialah sebuah ordinan yang menekankan isu berita tidak benar berkenaan pandemik COVID-19.[33] Walaupun begitu, ordinan ini melahirkan kebimbangan berkenaan sebarang penyalahgunaan ordinan yang boleh menjejaskan kebebasan suara rakyat Malaysia, terutamanya dalam krisis politik negara yang masih berlanjutan.[34] Kebimbangan ini juga membawa kepada perhimpunan bantahan skala kecil oleh pihak pemerhati hak kebebasan bersuara.[35]

Rujukan

WikiPedia: Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://www.abc.net.au/news/2021-01-14/malaysia-co... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-fades-in-c... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitamin... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-...